Monday, June 7, 2010

NEBULA ROS









"
Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi
merah mawar seperti (kilapan) minyak"
(surah Ar-Rahmann:37)


Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang mengalami proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga mawar yang bersinar . apabila Quran menyebutkan tentang langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga Allah bersumpah mengenainya di dalam Quran.

Penemuan sains pada hari ini menunjukkan apabila bintang-bintang yang melalui proses kehancuran ia bertukar menjadi gumpalan gas yang berpisah daripada bahagian dalamnya. Fenomena ini adalah selari dengan firman Allah yang bermaksud “Maka apabila langit terbelah”

Gas-gas atau nebula ini kemudiannya bersinar dan apabila dilihat dari jauh ia menyerupai bentuk tertentu antaranya berbentuk ros merah yang bersinar. Inilah yang ditemui oleh pakar-pakar ilmu astronomi abad ke-21 ini.

Penemuan nebula ros ini menjadi berita hangat di peringkat antarabangsa. CNN.com bertarikh 12 Septamber 2002 melaporkan mengenainya di bawah tajuk “Hubble Spies Soft Roses In Tough Neighborhood “ yang bermaksud “Teleskop Hubble Menemui Ros Yang Lembut di Persekitaran Mencabar”.

Walau bagaimanapun , ayat di atas diturunkan bukan bertujuan menceritakan kelahiran nebula ros ini. Apatah lagi hampir kesemua ulama semasa menafsirkan ayat tersebut dengan kejadian Hari Kiamat. Namun, jika difikirkan secara mendalam, terdapat satu aspek yang sama antara insiden terbentuknya nebula ros ini dengan peristiwa Hari Kiamat iaitu kedua-duanya berkait rapat dengan fenomena kemusnahan bintang-bintang. Justeru ayat Quran tersebut menceritakan dengan jelas keadaan yang boleh dan mungkinberlaku apabila bintang-bintang mengalami proses kehancuran Pada Hari Kiamat nanti.

Bagi umat islam ayat ini diturunkan semasa tiada siapa pun yang mengetahui semasa bintang-bintang melalui proses kehancuran ia akan terbelah dan bahagian luarnya bertukar menjadi gas nebula dan nebula ini boleh menjelma dalam bentuk bunga ros yang bersinar. Fenomena ini hanya difahami dan dikesan baru-baru ini dan fenomena ini diceritakan di dalam Quran. Inilah aspek mengagumkan bagi umat islam . ia boleh menguatkan keyakinan bahawa Quran ini sebenarnya kalam Allah.

Walau bagaimanapun, paling penting adalah ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Kiamat semasa kehancuran berlaku di langit dan pada masa itu tidak siapa pun yang dapat membantu kecuali Allah.















No comments:

Post a Comment