Monday, June 7, 2010

Alam Semesta Sentiasa Mengembang



Where in the world are you? by shastadaisy~.




Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble, membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains.

Inilah ayat al-Quran yang menyatakan mengenai sifat alam semesta ini:




“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” (Surah Dzaariyaat: 47)



Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi.


Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka.

Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.


















No comments:

Post a Comment