Dari sudut penguasaan ilmu sains, umat islam sebelum ini adalah mengagumkan. Hal ini diakuai sendiri oleh pemikir-pemikir barat. Sebagai contoh, Dr. Robert Briffault di dalam bukunya the making of humanity dalam bab Dar al-Hikmet berkata…
“Roger Bacon bukanlah tokoh yang memperkenalkan konsep eksperimen dalam ilmu. Beliau hanyalah merupakan anak murid kepada ilmuwan sains islam dan metodologi islam,dan ilmu yang beliau peroleh ini kemudiannya dikembangkan oleh beliau ke barat. Beliau tidak pernah jemu untuk menyatakan bahawa bahasa arab dan sains islam adalah satu-satunya pintu bagi mereka di zamannya untuk mengenali ilmu yang hakiki…..…sumbangan tamadun islam kepada dunia moden yang paling bermakna adalah sains’’
Memang benar.Tanpa Islam, barat tidak kenal sains dan teknologi. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly ) Fiorina, mantan pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, semasa menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology, Business and Our Ways of Life:What’s Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnesota. Beliau Berkata..
“pada suatu ketika dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara tropika dan padang pasir. Tamadun ini hidup subur digerakkan dengan ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yang melawan graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma serta konsep-konsep ini membantu penciptaan komputer yang wujud pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubatan-ubatan baru. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas…tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah tamadun islam, yang berkembang dari tahun 800-1600 masihi….industri teknologi tidak akan wujud pada hari ini tanpa sumbangan dari tokoh-tokoh matematik islam”
No comments:
Post a Comment