Sunday, February 13, 2011

Tujuh Lapisan Bumi

Ketika para ilmuwan mula meneliti lembah-lembah di bumi untuk mengenal struktur dan unsur-unsurnya, mereka menemui sesuatu yang menggambarkan mitos dongeng yang melambangkan abad-abad terakhir itu tidak memiliki dasar ilmiah. Setelah para ilmuwan menemukan bahawa bumi berbentuk bulat telur, maka mereka menduga bahawa inti bola bumi ini mempunyai suatu nukleus, dan permukaannya adalah kerak bumi yang sangat tipis jika dibandingkan dengan ukuran bumi. Di antara dua lapisan ini ada lapisan ketiga yang biasa disebut dengan kata mantel. Ini merupakan pengetahuan awal para ilmuwan.

Teori Tiga Lapisan ini tidak bertahan lama kerana penemuan-penemuan yang terbaru di sistem geologi. Beberapa penemuan baru telah menunjukkan bahawa lapisan yang berisi nukleus dari bumi itu berada di bawah tekanan yang sangat tinggi, tiga juta kali lebih dari permukaan bumi.

Di bawah tekanan seperti itu, zat berubah bentuk menjadi pejal, dan hal ini pada gilirannya membuat inti bumi itu sangat pejal. Inti bumi ini dikelilingi suatu lapisan zat cair dengan suhu yang sangat tinggi. Ini bererti bahawa ada dua lapisan di dalam inti bumi, bukan satu. Satu lapisan di dalam pusat yang dikelilingi lapisan zat cair.

Hal itu diketahui sesudah alat-alat pengukur dikembangkan dan memberi para ilmuwan suatu perbezaan yang jelas antara lapisan-lapisan bumi bahagian dalam. Jika kita turun ke bawah bumi yang keras, kita akan menemukan lapisan batu-batu yang sangat panas. Setelah itu ada tiga lapisan terpisah, yang mana masing-masing mempunyai kepadatan, tekanan dan suhu yang berbeza-beza.

Oleh kerana itu, para ilmuwan mengklasifikasi lapisan-lapisan bumi menjadi tujuh lapisan. Gambar menunjukkan lapisan-lapisan ini dengan dimensi masing-masing sesuai yang ditemukan para ilmuwan baru-baru ini dengan berbagai cara seperti menggunakan alat pengukur gempa bumi dan mengkaji medan magnetik bumi, dan juga teknik-teknik yang lain. Berbagai kajian dan penemuan tersebut saat ini diajarkan kepada para mahasiswa dalam bidang fizik di beberapa universiti

Gambar ini menunjukkan tujuh lapisan Bumi, ia juga menunjukkan bahawa kerak bumi adalah lapisan yamg sangat tipis yang disusul dengan mantel yang mempunyai ketebalan yamg berbeza-beza, lalu disusuli lapisan-lapisan yang terdiri daripada zat cair, dan diakhiri dengan yang lapisan ketujuh, iaitu nukleus padat.

Para ilmuwan juga menemukan bahwa atom terdiri dari tujuh lapisan atau tingkatan, dan hal ini membuktikan keseragaman ciptaan, di mana bumi mempunyai tujuh lapisan dan atom-atom mempunyai tujuh lapisan juga.

Tujuh lapisan bumi itu sangat berbeza-beza dari segi struktur, kepadatan, suhu dan bahannya. Oleh kerana itu, tidak seorang pun menganggap bumi itu hanya mempunyai satu lapisan sebagai orang di masa lampau berfikir. Di sini kita menemui bahawa bumi mempunyai lapisan-lapisan merupakan perkara baru dan tidak dikenal atau yang dikemukakan pada waktu al-Qur’an itu sedang diturunkan. Penemuan-penemuan ini dikemukakan para ilmuwan abad 21 kepada kita, tetapi sejak dahulu Kitab Allah telah memberitahu kita tentang hal tersebut.

Informasi di dalam al-Qur’an al-Karim

Al-Qur’an al-Karim, perkataan Tuhan, menyampaikan kepada kita tentang tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi di dalam dua ayat berikut:

‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?’ (al-Mulk: 3)

Allah juga berfirman, ‘Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.’ (ath-Thalaq: 12) Ayat pertama bericara kepada kedua tentang dua sifat langit: bilangan langit itu, yaitu tujuh, dan bentuk langit, yaitu berlapis-lapis. Inilah arti kata thibaqan yang kita temukan di dalam kitab-kitab tafsir al-Qur’an dan kamus-kamus bahasa Arab. Sedangkan ayat kedua menegaskan bahwa bumi itu menyerupai langit, dan hal itu diungkapkan dengan kalimah, ‘Dan seperti itu pula bumi.’ Sebagaimana langit itu berlapis-lapis, maka begitu pula bumi, dan masing-masing jumlahnya tujuh lapisan.

Saturday, January 22, 2011

Pembentukan Petroleum Menurut Quran


Dan (Allah) telah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Dan Dia menjadikannya kering hitam.

(surah Al-A’laa:4-5)

Petroleum adalah hasil proses pereputan rumput-rampai, tumbuh-tumbuhan, alga dan paku-pakis, yang mana proses ini memakan masa jutaan tahun lamanya. Proses ini terjadi apabila bahan-bahan organik yang disebutkan tadi terdedah kepada kesan-kesan kimia yang berasal dari pelbagai jenis bakteria.

Hari ini petroleum dipercayai berasal dari unsur organik. Tumbuh-tumbuhan yang dijadikan Allah lebih awal dari kejadian manusia, telah ditetapkan untuk bertukar (melalui perubahan masa) dalam kerangka ekologi (yang seimbang) bumi. Sisa-sisa organik yang mempunyai sifat berminyak juga terurai/mereput dibawah dasar lautan dalam jangka waktu jutaan tahun. Zat-zat yang mempunyai ciri-ciri berminyak inilah yang telah bertukar (dengan kekuasaan Allah) menjadi bahan yang hari ini kita kenali sebagai petroleum.

Dalam ayat Al-Quran yang dinyatakan di atas, petroleum diwakili oleh terjemahan “hitam” dan sesetengah tafsir Quran berbahasa Inggeris menterjemahkan “hitam” itu sebagai “blackish floodwater” yang membawa maksud “cecair hitam yang mengalir”. Simpanan petroleum dalam bumi pada kebiasaannya akan “bergerak” dari tempat pembentukannya kerana ianya tidak mempunyai sifat “berdiam” dalam bumi. Petroleum mempunyai sifat seperti cecair. Dengan kata lain petroleum juga “mengalir”. Petroleum “mengalir” dari suatu lokasi ke lokasi lain dalam jarak yang sangat jauh lalu berkumpul di lokasi yang mana terdapat struktur batuan yang tidak mempunyai liang. Maknanya petroleum yang dicarigali hari ini adalah petroleum yang telah berkumpul akibat tersekat dari jalan alirannya dalam bumi.

Secara ringkas, dapat kita ertikan tujuan perkataan “hitam” yang disebut Allah dalam ayat di atas ialah petroleum yang:

§ Terjadi dari unsur organik

§ Hitam

§ Mengalir seperti air (cecair)


Kegunaan Petroleum Di Zaman Kita

Sehingga pertengahan abad ke-19, petroleum mentah diambil dari tempat dimana terdapat “kebocoran” naik ke permukaan bumi. Oleh kerana ianya bercampur dengan sumber air dimana binatang-binatang menghirup melepas dahaga serta bercampur dengan air dalm telaga-telaga air yang digali manusia, bahan yang hari ini disebut petroleum ini dahulunya adalah seperti “menyusahkan”.

Pada 1850an manusia mula mengkaji kegunaan petroleum ini untuk menjadikannya bahan penghidup api pelita. Edwin L. Drake telah menemukan “simpanan” petroleum pada kedalaman 21 meter pada 27 Ogos 1859. Oleh kerana petroleum memberi hasil lebih baik dari usaha penangkapan ikan (untuk membuat minyak dari lemak) dan kosnya lebih murah untuk menyalakan lampu minyak, maka sudah tersedia permintaannya dalam pasaran dagangan, lalu bermulalah era petroleum.

Allah telah mengaturkan komposisi kewujudan zat petroleum ini untuk dimanfaatkan bagi pelbagai kegunaan dalam aspek kehidupan manusia. Setengah dari manfaatnya yang cukup dikenali ialah bahan api dan minyak parafin. Yang lainnya seperti dalam perusahaan lilin, penggilap, pewangi dan kosmetik, sehinggalah pada pengeluaran keju iaitu sebagai bahan awet. Tidak ketinggalan manfaat petroleum dalam pembuatan racun serangga, getah tiruan, bahan plastik, kimia bahan pencuci, malah sesetengah ubat-ubatan juga mempunyai unsur-unsur yang berasal dari petroleum. Komposisi produk tekstil juga mempunyai unsur yang berasal dari petroleum.

Kisah hebat tentang petroleum yang berlarutan sehingga hari ini bermula dari proses pereputan bahan-bahan organik sejak dari jutaan tahun dahulu, diteruskan pula dengan episod pembentukan deposit petroleum pada kedalaman bumi, digantikan pula episod pengeluaran pelbagai alat dan bahan dari kilang-kilang. Dalam ayat 4-5 surah Al-A’la, tedapatnya “bayangan” kepada emas hitam yang dikenali petroleum. Dalam 3 ayat yang sebelumnya Allah menyebutkan bahawa tiap-tiap sesuatu itu adalah menurut “aturan” dan “kadar” (ketentuan/ aturan/ hukum/ prinsip/ formula) yang telah ditentukan olehNya iaitu:

Bertasbihlah mensucikan Tuhan mu Yang Maha Tinggi

Yang telah menciptakan lalu menyesuaikan dengan aturan yang tertentu

Yang telah mengatur (menetapkan kadar) lalu memberi hidayah petunjuk.

(Surah Al-A’laa:1-3)

Maka Benarlah Allah Yang Maha Tinggi.