Friday, August 26, 2011

Al-Quran Bukan Sekadar untuk Dibaca


Al-Quran adalah sumber hukum utama dalam panduan umat Islam. Perlakuan umat Islam terhadap kitab suci ini akan menentukan kejayaan atau kemunduran. Jika umat memahami dan mengamalkannya dengan benar, mereka pasti memperoleh kemenangan sebagaimana generasi pertama Islam. Jika tidak, maka umat akan terus seperti sekarang mundur dan lemah dalam berbagai bidang.

Ada kecenderungan, umat Islam masa kini lebih mementingkan aspek bacaan semata, lebih mengutamakan khatam Al-Quran dan mendapatkan pahala, membacanya untuk “menerima berkat” lalu mengamalkannya.

Umat Islam kini banyak menitikberatkan kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan bacaan Al-Quran , ilmu tajwid, dan terikat pada hafalan teks-teks Al-Quran semata-mata. Mereka tidak begitu mementingkan aspek maknawinya. Akibatnya, umat Islam tertinggal dari bangsa-bangsa lain,” ujar Syeikh Muhammad Al-Ghazali dalam bukunya, Berdialog dengan Al-Quran (Kayfa Nata’amal Ma’al Quran)



Ia menyatakan keprihatinannya, umat Islam membaca Al-Quran hanya kerana mengharap berkah, tanpa analisis secara saintifik dan menghayati maknanya secara mendalam apa yang terkandung di sebalik pernyataan ayat-ayat Al-Quran.

Padahal, Al-Quran sendiri menegaskan:

“Inilah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapatkan pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran”

(Surah Shad: 29).

Generasi umat Islam terdahulu memberikan teladan, mereka membaca Al-Quran untuk mengamalkannya serta pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah dan Uthmaniyyah telah melahirkan ramai saintis, ahli matematik, arkitek dan pakar dalam beberapa bidang hasil kerana mereka telah mengkaji Al-quran secara saintifik dan mendalam.




Jadi, membaca Al-Quran dengan suara merdu sesuai dengan ilmu tajwidnya, dan menamatkan bacaan Quran sekian kali dalam satu jangkamasa tertentu memang penting, namun yang lebih utama mestinya adalah aspek pemahaman maknanya, penerimaan atas perintah Allah SWT, dan pengamalannya dalam kehidupan.