Friday, March 11, 2011

Origin of Water

Bilangan Planet

BERAPAKAH bilangan sebenar planet dalam sistem suria? Apakah 9 atau 12?

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."(Yusuf:4)

Ini bukan satu pertanyaan menguji minda sebaliknya persoalan atau dilema yang sedang bersarang dalam kotak fikiran sekumpulan saintis astronomi dunia.


Buat sekian kalinya, sekumpulan 2,500 pakar astronomi dunia dari 75 negara akan berkumpul di Republik Chezh, mulai Rabu ini bagi merungkaikan banyak persoalan berhubung status terkini planet dalam sistem suria.

Keesokannya mereka akan mengundi sama ada mengesahkan pertambahan tiga lagi anggota baru dalam keluarga sistem suria berkenaan.

Buat masa ini, pertambahan itu sebegitu pasti biarpun hakikatnya, kita sedia maklum dengan fakta sedia ada iaitu wujudnya 9 planet dalam sistem suria selain matahari. Sembilan planet berkenaan adalah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto.

Sebelum 1990 hanya planet dalam sistem suria dapat dikenal pasti. Namun pada akhir 2002, lebih 100 planet dikenal pasti di luar sistem berkenaan. Apa yang menarik, al-Quran sebagai kalam Allah menerusi ayat ke-4 Surah Yusuf sudah membayangkan kewujudan 11 planet sejak awal lagi.

Kini, sebagai mengiyakan hakikat itu, saintis mahu mengesahkan pertambahan bilangan ahli keluarga sistem suria itu dan status Pluto sebagai planet terakhir bukan lagi satu hakikat tetapi dipertikaikan pula.

Bukan setakat itu, status Pluto sebagai objek yang menepati ciri sebenar planet turut menjadi persoalan berikutan kewujudan ?saingan? calon planet lain.

Setakat ini, status Pluto sebagai planet agak terselamat kerana saingannya iaitu Xena atau turut dikenali UB313, Charon manakala Ceres dikenali sebagai ?dwarf planet? atau planet yang tidak memiliki sebarang jisim, sudah disebut-sebut bakal disahkan sebagai planet ke 10, 11 dan 12.

Cuma persoalannya mengapa sekarang bilangan planet itu dipertikaikan? Apa pula takrifan terkini planet yang ditetapkan sains?

Beban menjawab persoalan itu terletak di bahu jawatankuasa Kesatuan Ahli Astronomi Antarabangsa (IAU) yang perlu mengundi pada hari kedua persidangan berkenaan. Ia juga perlu memutuskan takrifan sebenar ciri-ciri sebuah planet.

IAU yang bertanggungjawab menamakan planet dan bulan sejak 1919, dilaporkan menghabiskan masa sehingga dua tahun lamanya berdebat di kalangan ahlinya mengenai isu pertambahan planet berkenaan.

Selain itu pada masa ini, jawatankuasa khas yang mempunyai tujuh anggota itu menetapkan syarat tertentu ciri sebuah planet ini. Ini termasuk kedudukannya haruslah dalam orbit mengelilingi sebuah bintang. Ia juga haruslah memiliki saiz besar dengan graviti tersendiri bagi menariknya menjadi objek hampir bujur.

Tetapi, selaras perkembangan semasa dan pencapaian teknologi termasuk aspek cerapan yang membolehkan pakar astronomi menjenguk jauh ke dalam angkasa lepas, menyebabkan perubahan terhadap skop dan ciri planet itu perlu dikaji semula.

Teknik yang tidak hanya mendedahkan sebahagian 1,001 misteri angkasa lepas tetapi memberikan butiran terperinci seperti ukuran saiz anggota keluarga sistem suria berkenaan.

Pencapaian sedemikian yang menyebabkan planet Pluto yang terkecil, berkemungkinan disenaraikan dalam kategori baru dikenali Plutons ? mengasingkannya daripada ciri klasik planet serta masa yang diambil lebih lama daripada 200 tahun bagi mengelilingi matahari.

Kedudukan Pluto sebagai planet kesembilan sistem suria yang tersenarai dalam kategori Plutons akan disertai Xena yang namanya sempena nama heroin atau wira wanita siri televisyen ? Xena The Princess Warrior .

Berbanding Pluto yang ditemui pada 1930, Xena atau UB313 yang ditemui pada 2003, memiliki saiz lebih besar dan terletak kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi. Ia yang ditemui saintis menggunakan Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California, Amerika Syarikat, juga dikesan mempunyai bulan dikenali sebagai Gabrielle, pada 2005.

Hakikatnya, berita yang mencanangkan hasrat saintis dunia ini mahu merombak bilangan planet itu bukan suatu yang mengejutkan. Ia adalah berita yang sebegitu indah bagi umat Islam khususnya kerana mengukuhkan lagi kebenaran hakiki yang dikemukakan al-Quran dan Islam sejak sekian lamanya.

Dunia Barat misalnya sudah lama cuba menafikan kenyataan ahli falak Islam yang terlebih dulu mempelopori ilmu kaji bintang apabila sengaja menukar nama tokoh Islam supaya mirip nama kebaratan seperti Ibnu Sina yang digantikan dengan Avecina dan al-Kindi yang ditukar menjadi alKandus manakala al-Farghani turut ditukar kepada Alfaragneus dan banyak lagi.

Cerdik pandai atau cendekiawan Islam sudah lama membahaskan bahawa walaupun tiada perkataan planet secara khusus dalam al-Quran, ayat ke-4 dalam Surah Yusuf itu sudah menjadi petanda Pencipta Alam ini yang menurunkan al-Quran, ada membayangkan kewujudan 11 planet.

Namun, seperti masih mahu enggan mengiyakan kebesaran al-Quran, saintis kini mahu menambah daripada 11 kepada 12 planet.
Apa pun, yang pasti tiada yang tetap mengenai dunia sebenar di sebalik sistem suria itu. Ia masih misteri dengan ciri dan bilangannya pasti berubah selaras perkembangan semasa.

Biarpun pakar menganggap bidang kaji bintang serta sains itu sendiri penuh dengan kejutan dari semasa ke semasa, mereka tidak boleh menafikan ada di antara penemuan itu sebenarnya sudah pun terkandung dalam al-Quran.